Selasa, 14 Oktober 2014

Wasiat Imam Syafi'e



1- Pergilah mengembara dengan penuh keyakinan. Nescaya engkau akan temukan pengganti apa-apa yang telah engkau tinggalkan. Dalam pengembaraan ada 5 manfaaat iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan bergaul dengan orang ramai dengan pelbagai perangai.

2- Tuntutlah ilmu kerana ilmu itu memiliki keutamaan dan membawa kemuliaan. Tak akan kamu dapatkan ilmu kecuali dengan 6 perkara iaitu kecerdasan, semangat keras, rajin, agresif, ada biaya yang cukup dan bersahabat dengan guru dalam waktu yang lama. Tapi ingatlah! Orang yang diberi darjat mulia kerana ilmunya tak mungkin diberi harta melimpah, kerana ilmu dan harta tak mungkin jalan bersama. Kesungguhan itu dapat memecahkan persoalan yang berat sekalipun, bahkan dapat membuka setiap pintu yang terkunci. Hikmah tidak dapat dicapai oleh orang yang selama hidupnya sibuk dengan urusan keluarga. Ilmu tak akan diperoleh kecuali oleh orang yang hidupnya tenang, tak mempunyai suatu beban pun. Bahawasanya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang-orang yang banyak melakukan maksiat.

3- Bersahabat. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong kita ketika susah. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. Apabila engkau inginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

4-) Rezeki dan Dunia. Jika dengan akalmu engkau dapat memperolehi apa yang engkau inginkan, maka takkanlah engkau dapat orang yang diberi rezeki. Engkau diberi harta kerana bodoh,tetapi engkau bukanlah orang gila yang mendapat rezeki. Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kejayaan, lalu kupegang erat-erat hujungnya. Aku ingin meraih kepuasan itu secara menyeluruh. Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta, dan dapat memerintah orang-orang bagaikan raja.Duhai orang yang senang memeluk dunia fana, yang tidak kenal pagi dan petang dalam mencari dunia, hendaklah engkau tinggalkan sikap mesramu kepada duniamu itu.Kerana kelak,engkau akan berpelukan dengan bida2 syurga. Apabila engkau berharap menjadi penghuni syurga abadi, maka hindarilah jalan menuju api neraka.
5-) Zaman dan Takdir. Sesungguhnya aku tidak menyukai zamanku, tetapi aku rela menerima segala kepastian-Nya. Biarlah hari-hariku selalu membenciku, aku rela menerimanya walaupun kadang-kadang secara terpaksa.Waktu itu ada 2 macam, iaitu yang mengandungi kedamaian dan menyimpan bahaya. Hidup juga ada 2 macam, iaitu hidup yang penuh suka dan yang menyimpan duka.Lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan takdir. Jangan bosan bersabar apabila apabila tertimpa musibah, kerana didunia ini tak ada derita yang abadi.Bermurah hatilah kamu kepada setiap insan kerana setiap kesalahan dapat ditebus dengan kemurahan hati. Barangsiapa yang mampu mengetahui perubahan zaman dan situasi, ia akan bersabar menghadapi cubaan dan tidak mengeluh.Beritahukanlah kepada para ahli nujum bahawa aku tak percaya dengan ramalan mereka yang hanya berdasarkan pada susunan bintang-gemintang. Kerana aku tahu bahawa semua yang ada dan bakal terjadi pasti berasal dari kehendak Tuhan. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.Kelmarin, Tuhan telah menolongmu. Percayalah, esok pun Dia akan tetap menolongmu.
6-) Berakhlak Mulia.Berlaku baiklah terhadap orang lain.Kerana dengan begitu,kelak engkau akan dapat menguasai mereka. Dan sebaik2 pekerjaan adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina,itu petanda bahawa darjatku akan bertambah.Tetapi aku akan berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan kawan-kawanku.Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang kenyang, sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.Terimalah permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan,baik ia jujur mengatakannya kepadamu atau tidak. Dengan begitu bererti telah taat kepadamu orang yang engkau terima dari segi lahiriahnya sahaja. Dan telah membuatmu mulia orang yang bermaksiat kepadamu secara sembunyi2.Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila merupakan kebajikan jiwa. Didalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Aku mengganggap diam sebagai perniagaan yang membawa banyak keuntungan kepada pemiliknya.Jagalah dirimu dan hiasi dirimu dengan budi pekerti yang mulia. Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang terhadapmu akan menjadi indah.Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepadaku.Dan aku tidak mempedulikan kepada orang yang tidak mempedulikan aku.Jika cinta seseorang mendekat kepadaku, maka cintakupun akan mendekat padanya. Dan jika cintanya menjauh dariku, maka cintaku juga akan menjauh darinya.Masing2 dari kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita telah mati. 

7-) Merenung Diri. Ternyata aku bukan jenis orang yang tak berpendirian, yang hanya bertanya sana ke mari tentang sesuatu. Aku lebih cepat bertindak dengan hati dan lidahku. Kuraih kebaikan dengan cepat dan kusingkirkan kejelekan secepat mungkin.Berikanlah aku nasihat dikala aku sedang sendiri, dan jangan nasihati aku dikala aku berada ditengah kerumunan orang. Memberi nasihat ditengah keramaian orang sama ertinya dengan kehinaan.Kudermakan apa yang aku miliki meskipun aku harus menanggung lapar, perutku melilit dan tenagaku berkurangan. Kutampakkan ciri2 kekayaan kepada temanku hingga mereka silau akan keadaanku, padahal aku lebih tak mampu dari mereka.Aku selalu mengadu kepada-Nya dengan sungguh2 kerana Dialah yang Maha Tahu keadaanku yang sebenarnya.Engkau telah dianggap memiliki hak, jika engkau terlihat tak berbohong dan tak berdusta. Bertindaklah dengan penuh keyakinan.
8-) Menghadapi Masalah. Jika engkau adalah orang yang memiliki kelebihan dan pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang2 terdahulu dan orang saat ini,berdebatlah dengan orang yang engkau ajak berdebat dengan jiwa yang tenang, penuh kearifan, sikap ramah dan hargai pendapat kawan, serta janganlah bersikap angkuh. Ambillah apa yang engkau anggap baik dan benar, dari lawan bicaramu baik yang ramah mahupun yang kasar. Dan tunjukkanlah kesungguhanmu kepada orang disekitarmu yang menunjukan bahawa diri mereka paling benar dan suka menyombongkan diri. Sebab, sikap emosi dalam suasana seperti itu akan menimbulkan perpecahan dan pemisahan diri.Ahli fiqh adalah orang yang selaras dalam ucapan dan perbuatannya, bukan hanya pandai berbicara. Pemimpin yang baik adalah orang yang boleh memimpin dengan akhlaknya, dan bukan termasuk orang yang memimpin dengan bantuan kaum atau golongannya. Orang kaya adalah orang yang hidup dengan apa adanya, bukan orang yang berlimpah dengan harta atau kedudukan.
9-) Menghargai orang. Apabila benar engkau mencintai-Nya, pastilah engkau taati semua perintah-Nya.Sesungguhnya orang yang cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.Semua orang menyenangi wanita, tetapi mereka berkata "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita". Bukan wanita yang membuat derita, tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu.Diantara malapetaka yang sangat dahsyat adalah jika kamu mencintai wanita, laki2 itu yang tidak mencintai kamu.Ia akan selalu berpaling darimu,meskipun kamu menungguinya dengan penuh kesabaran,ia tidak akan melayanimu.Dan malapetaka yang paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain, atau jika engkau mengharap kebaikan seseorang tetapi justeru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa.
10-) Berdoa.Adakah engkau menganggap rendah nilai sebuah doa? Padahal engkau tak mengetahui pengaruh sebuah doa.Tidak ada salahnya engkau berdoa ditengah malam.Tapi, renungkanlah, bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.Jangan engkau menganggap remeh doa orang yang teraniaya, kerana doanya menembusi orang yang zalim dan pengikutnya bagaikan panah dari negeri Qis.Doanya akan masuk kedalam jiwa dan tubuhnya bagaikan anak panah yang menembusi tubuhnya.Ekornya adalah bulu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar